25 Kisah Nabi Muhammad SAW.
A. Mukaddimah
Muhammad bin Abdullāh (Arab:
محمد بن عبد الله ;
Transliterasi: Muḥammad;
di ucapkan [mʊħɑmmæd]; (ca. 570/571 Mekkah[ مَكَةَ ]/[ مَكَهْ
] – 8 Juni, 632 Medina), adalah pembawa ajaran Islaam,
dan di yakini oleh Umat Muslim sebagai Nabi dan (Rosul) yang terakhir.
Menurut sirah (biografi) yang tercatat tentang Muhammad, ia di
sebutkan lahir sekitar 20 April 570/ 571, di Mekkah (Mekkah)
dan wafat pada 8 Juni 632 di Madinah pada usia 63 tahun.
Kedua kota tersebut terletak di daerah Hejaz (Arab Saudi sa’at
ini).
Beliau haram di gambarkan dalam bentuk patung ataupun gambar ilustrasi.
Michael H. Hart dalam bukunya The 100 menilai Muhammad sebagai tokoh paling berpengaruh sepanjang sejarah manusia.
Menurut Hart , Muhammad adalah satu-satunya orang yang berhasil
meraih keberhasilan luar biasa baik dalam hal spiritual maupun kemasyarakatan.
Hart mencatat bahwa Muhammad mampu mengelola bangsa yang awalnya
egoist is, barbar, terbelakang dan terpecah belah oleh sentimen kesukuan,
menjadi bangsa yang maju dalam bidang ekonomi, kebudaya’an dan kemiliteran dan
bahkan sanggup mengalahkan pasukan Romawi yang sa’at itu merupakan kekuatan
militer terdepan di dunia.
B. Kisah Nabi Muhammad SAW.
1. Lahirnya Nabi Muhammad
Pada waqtu Umat Manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah,lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Mekkah.
Bayi yang di lahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban
Manusia.
Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Muthollib yang telah
wafat sebelum baginda di lahirkan yaitu sewaqtu baginda 7 bulan dalam kandungan
ibu.
Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Kehadiran bayi itu di sambut dengan penuh kasih sayang dan di bawa
ke Ka’bah, kemudian di berikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud
sebelumnya.
Selepas itu Muhammad di susukan selama beberapa hari oleh
Thuwaiba,budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Bani
Sa’ad.
Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasa’an bagi bangsawan-bangsawan
Arab di Mekkah.
Akhir tiba juga wanita dari Bani Sa’ad yang bernama Halimah bin
Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mau menerima baginda karena Muhammad seorang
anak yatim.
Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan
harapan Tuhan akan memberkati keluarganya.
Sejak di ambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan
dan susu kambing_kambing tersebut semakin bertambah.
Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu
Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke
pedalaman.
2. Kisah Dua Malaikat dan
Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda di datangi oleh dua orang Malaikat
yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih,mereka bertanggung jawab untuk
membedah Muhammad.
Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyadari akan
kejadian tersebut .
Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan ke dua Malaikat
tersebut lalu mengkabarkan kepada Halimah.
Halimah lantas memeriksa ke ada’an Muhammad, namun tiada kesan
yang aneh di temui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima
tahun, selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjaga’an
yang baik dari pada Halimah dan keluarganya,selepas itu baginda di bawa pulang
kepada pamannya Abdul Mutholib di Mekkah.
Pamannya baginda, Abdul Mutholib amat menyayangi baginda,ketika
Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan
saudaramaranya,mereka di temani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang di
tinggalkan oleh bapa baginda.
Baginda di tunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia di
quburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia
untuk pulang semula ke Mekkah,Dia dan rombongannya kembali ke Mekkah menaiki
dua ekor unta yang memang di bawa dari Mekkah semasa mereka datang dahulu.
Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh
sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu di quburkan di situ juga.
Muhammad di bawa pulang ke Mekkah oleh Umm Aiman dengan perasa’an
yang sangat sedih,maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu, tinggallah
baginda dengan pamannya yang di cintainya dan bapa-bapa saudaranya.
“Bukankah Dia mendapat ilmu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
“Dan Dia mendapat ilmu sebagai seorang yang bingung lalu Dia
memberikan petunjuk”.
(Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
3. Abdul Mutholib Wafat
Kegembira’annya bersama pamannya baginda tidak bertahan lama.
Ketika baginda berusia lapan (8) tahun, pamannya baginda meninggal dunia pula.
Kematian Abdul Mutholib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim
Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang cerdas, terhormat
dan berpengaruh di kalangan orang Arab.
Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tamu yang
berziarah dan membantu penduduk Mekkah yang dalam kesusahan.
4. Muhammad di asuh oleh Abu Tholib
Selepas wafat pamannya baginda, Abu Tholib mengambil alih tugas
bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad.
Walaupun Abu Tholib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain,
namun dia mempunyai perasa’an yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang
Quraisy.
Abu Tholib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya
sendiri,Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang
sewaqtu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian
yang telah dapat melihat tanda-tanda keNabian pada baginda.
Lalu rahib tersebut menasihati Abu Tholib supaya tidak pergi jauh
ke daerah Syam karena di khuatirkan orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda
sekiranya di ketahui tanda-tanda tersebut .
Abu Tholib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak
membawa harta dari perjalanan tersebut ,Dia pulang segera ke Mekkah dan
mengasuh anak-anaknya yang ramai.
Muhammad juga telah menjadi sebagian dari keluarganya.
Baginda mengikuti mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan
mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh
penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga di beri tugas sebagai pengembala kambing.
Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Mekkah.
Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa
menjalankan tugasnya,oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran Manusia
nafsu duniawi.
Baginda terhindar dari pada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan
gelaran yang di berikan yaitu “Al-Amin”.
Selepas baginda mulai meningkat dewasa, baginda di suruh oleh bapa
saudaranya untuk membawa barang dagangan Khodijah binti Khuwailid,seorang
peniaga yang kaya dan di hormati.
Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlash dan jujur.
Khodijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan ke upaya’an
baginda sebagai seorang pedagang.
Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad
yang berusia 25 tahun ketika itu.
Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila
Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkawinan mereka berdua.
Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khodijah sebagai
suami isteri.
5. Turunnya Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima Wahyu yang pertama dan
di angkat sebagai Nabi sekalian alam.
Ketika itu, baginda berada di Gua Hiro’ dan senantiasa merenung
dalam kesunyian, memikirkan nasib Umat manusia pada zaman itu.
Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca
ayat qur’an yang pertama di turunkan kepada Muhammad.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan”.
(Al-’Alaq, 96: 1)
Rosulullooh pulang dengan penuh rasa gemetar lalu di selimuti oleh
Khodijah yang mencoba menenangkan baginda.
Apabila semangat baginda mulai pulih, di ceritakan kepada Khodijah
tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mulai berda’wah secara sembunyi-sembunyi bermula
dengan kaum kerabat nya untuk mengelakkan kecaman yang hebat dari pada penduduk
Mekkah yang menyembah berhala.
Khodijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai keNabian
baginda, manakala Ali bin Abi Tholib adalah lelaki pertama yang berIiman dengan
ajaran baginda.
Da’wah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan
keluarganya saja.
6. Da’wah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya Wahyu memerintahkan baginda untuk berda’wah secara
terang-terangan, maka Rosulullooh pun mulai menyebarkan ajaran Islaam secara
lebih meluas.
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang di
perintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”
(Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang di bawa
oleh baginda,mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu
Lahab, bapa saudara baginda sendiri,tidak pula bagi Abu Tholib, dia selalu
melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan
Rosulullooh mendapat tantangan yang hebat dari kaum Quraisy itu.
Lalu dia bertanya tentang rancangan Rosulullooh seterusnya.
Lantas jawab Rosulullooh yang bermaksud:
“Wahai bapak saudaraku, andai matahari di letakkan di tangan kiriku
dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya
sehingga agama Allooh ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa karnanya”
Baginda menghadapi berbagai tekanan, duga’an, penderita’an, cemo’ohan
dan ejekan dari pada penduduk-penduduk Mekkah yang jahil dan keras hati untuk
beriman dengan Allooh.
Bukan Rosulullooh saja yang menerima tantangan yang sedemikian,
malah para sahabatnya juga turut merasai
Penderita’an tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang
menerima siksa’an yang berat .
7. Wafatnya Khodijah dan Abu Tholib
Rosulullooh amat sedih melihat tingkah laku Manusia ketika itu
terutama kaum Quraisy karena baginda tahu akan akibat yang akan di terima oleh
mereka nanti.
Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat
pada tahun sepuluh keNabiannya.
Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islaam
dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islaam.
Dia juga tidak jemu menghibur Rosulullooh di sa’at baginda di rundung
kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Tholib yang
mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia,maka bertambahlah kesedihan yang di
rasai oleh Rosulullooh karena kehilangan orang-orang yang amat di sayangi oleh
baginda.
8. Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rosulullooh semakin
hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda, maka Rosulullooh
mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikut ancaman dari pada kafir
Quraisy untuk membunuh baginda.
Rosulullooh di sambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah.
Mereka di gelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah di
panggil golongan Anshor.
Seruan baginda di terima baik oleh kebanyakan para penduduk
Madinah dan sebuah negara Islaam di dirikan di bawah pimpinan Rosulullooh s.a.w
sendiri.
9. Negara Islaam Madinah
Negara Islaam yang baru di bina di Madinah mendapat tantangan
daripada kaum Quraisy di Mekkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta
kaum bukan Islaam yang lain,namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w ,berjaya juga
menubuhkan sebuah negara Islaam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan
perundangan yang berlandaskan syari’at Islaam.
Baginda di lantik sebagai Ketua Agama, Tentara dan Negara.
Semua rakyat mendapat haq yang seksama.
Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian
bertulis telah di bentuk.
Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara
semua rakyat termasuk kaum bukan Islaam dan merangkumi aspek politik sosial, agama,
ekonomi dan ketantera’an.
Kandungan piagam adalah berdasarkan Wahyu dan di jadikan dasar
undang-undang Madinah.
Islaam adalah Agama yang mementingkan kedamaian,namun begitu,aspek
pertahanan amat penting bagi melindungi Agama, masyarakat dan negara.
Rosulullooh telah menyertai 27 kali ekspedisi tentara untuk mempertahankan
dan menegakkan ke adilan Islaam.
Peperangan yang di tempuhi baginda ialah;
Perang Badar (623 M/2 H)
Perang Uhud (624 M/3 H)
Perang Khandak (626 M/5 H)
dan Perang Tabuk (630 M/9 H).
Namun tidak semua peperangan di akhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah di materai
antara penduduk Islaam Madinah dan kaum Musyrikin Mekkah.
Maka dengan itu,negara Islaam Madinah telah di iktiraf .
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Mekkah
pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang di sertai oleh Rosulullooh ialah Perang Tabuk
dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan.
Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama
dengan 100 000 orang pengikutnya.
Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada
tahun itu juga.
Sabda baginda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahwa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu
semua adalah dari pada satu keturunan yaitu keturunan Nabi Adam a.s.
Semulia-mulia Manusia di antara kamu di sisi Allooh s.w.t . ialah
orang yang paling bertaqwa.
Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan
sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, yaitu;
Kitab Al-Qur’an
dan Sunnah Rosulullooh.”
10. Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Juni tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun
11 Hijrah.
Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai
Rosul dan pemimpin negara.
Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi
seorang pemimpin yang bertanggung jawab,berilmu dan berkebolehan.
Rosulullooh adalah contoh terbaik bagi semua Manusia sepanjang
zaman.
Walloohu A’lam.
_______/|\______
¨¨¨¨¨¨¨˜°♥°˜¨¨¨¨¨¨
SALAAM SILIWANGI